Imbuhan awalan kapal
Imbuhan awalan kapal

Imbuhan awalan kapal

Imbuhan awalan kapal ialah gabungan huruf, biasanya singkatan, digunakan dihadapan nama kapal awam atau tentera yang mengikut sejarah mempunyai pelbagai tujuan, seperti mengenal pasti mod pendorong kapal, fungsi, atau pemilikan/nasionaliti. Dalam persekitaran moden, imbuhan awalan digunakan secara tidak konsisten dalam perkhidmatan awam, namun, dalam perkhidmatan kerajaan, imbuhan awalan kapal jarang hilang kerana peraturan kerajaan yang menetapkan imbuhan awalan tertentu adalah wajib. Hari ini amalan biasa ialah menggunakan imbuhan awalan tunggal untuk semua kapal perang tentera laut sesebuah negara, dan awalan lain untuk kapal auksiliari dan perkhidmatan bersekutu lain, seperti pengawal pantai. Sebagai contoh, kapal moden Jepun menggunakan awalan "JS" – Japanese Ship. Namun, tidak semua tentera laut menggunakan imbuhan awalan; ini termasuk tentera laut penting China, Perancis (walaupun Perancis mempunyai sebutan NATO bagi imbuhan awalan kapal tenteranya, iaitu FS (French Ship)), Rusia dan Sepanyol, yang seperti Perancis menggunakan sebutan NATO SPS (Spanish Ship) jika diperlukan. Manakala semua kapal dalam armada Tentera Laut Diraja Malaysia membawa imbuhan awalan KD yang bermaksud Kapal Diraja ataupun KLD yang bermaksud Kapal Layar Diraja.